Jumaat, 22 April 2011

Peluang Menjadi Peserta

Penyertaan untuk menjadi peserta Jelajah Eksponiaga adalah terbuka namun terhad kepada jenis barangan sebagai contoh : pakaian lelaki - maksimum 3 peserta sahaja. Ini bergantung kepada jenis barangan yang hendak diniagakan dan sebolehnya barangan-barangan tertentu akan dihadkan kepada 3 atau maksimum 4 peserta sahaja.
Ini merupakan syarat sampingan yang akan dinilai oleh pihak Urusetia bagi mengimbangi jenis barangan yang diniagakan. Selain itu peserta mestilah menjual barangan yang tidak menyalahi undang-undang serta bersifat terbuka dan mampu untuk memberi pandangan positif demi mengukuhkan perjalanan Jelajah Eksponiaga.
Pihak Urusetia juga akan sentiasa mengadakan perjumpaan dengan semua peserta bagi mendapatkan pandangan serta teguran membina bagi memperbaiki kelemahan yang ada.
Untuk pertanyaan Lot Gerai, sila hubungi Urusetia berikut :
En.Zuraidy - 019-402 0030
En.Anuwar - 019-463 3562
En.Yaakob - 012-467 4716

Khamis, 21 April 2011

Jelajah Eksponiaga

Jelajah Eksponiaga merupakan ekspo jualan pelbagai barangan yang menjelajah ke seluruh kawasan utara semenanjung Malaysia terutamanya di negeri Kedah. Penganjurannya adalah bermula dengan idea yang dicetuskan oleh peniaga sendiri yang melihat potensi dan kredebiliti sendiri untuk menganjurkan sendiri ekspo jualan.
Dengan pengalaman yang ada semasa mengikuti pelbagai ekspo jualan yang dianjurkan oleh pihak lain, maka ianya digunakan sepenuhnya untuk merancang serta melaksanakan Jelajah Eksponiaga dengan cara dan identiti sendiri.
Penganjuran sulung Jelajah Eksponiaga (JEN)telah bermula di Tapak KPMYKB Yan Kechil, Kedah pada 16 hingga 31 Disember 2010 dengan jumlah peniaga seramai 20 0rang sahaja. Walau pun tampil dengan cara yang sederhana, namun Jelajah Eksponiaga ini telah berjaya membuka mata beberapa pihak atas kemampuan penganjuran ini serta telah mendapat sokongan dan kepercayaan daripada peserta-peserta yang bersama dengan Jelajah Eksponiaga.
Sesungguhnya penganjuran ini adalah bermatlamatkan kepada membantu rakan-rakan usahawan serta memberi kelebihan kepada pengguna untuk mengunjungi ke setiap lokasi penganjuran Jelajah Eksponiaga. Keuntungan bukanlah agenda utama tetapi perkongsian istilah susah dan senang ditanggung bersama adalah objektif utama penganjuran ini.
Dengan matlamat tersebut jugalah buat pertama kalinya juga penganjuran di Yan Kechil ini disambung selama 8 hari lagi dengan menampilkan hadiah cabutan bertuah yang lebih besar lagi iaitu sebuah kereta. Jika sebelum itu,hadiah-hadiah yang ditawarkan untuk cabutan bertuah tidaklah kurang hebatnya juga kerana terdapat pelbagai barangan elektrik dan barang-barang keperluan lain juga dijadikan hadiah kepada pengunjung.
Penganjuran Jelajah Eksponiaga ini diterajui oleh 6 orang ahli di bawah naungan syarikat Prospek Idaman Enterprise.